Tuesday, August 17, 2010

Tadarrus Quran

Al-Quran adalah kitabullah yang diturunkan pada bulan Ramadan. Kelebihan bulan Ramadan sebagai bulan membaca tidak dapat disangkal lagi apabila setiap kali menjelang Ramadan, Rasulullah dan para sahabat aktif mengulangkaji bacaan al-Quran.

Mungkin secara kebetulan atau ada hikmah yang tersembunyi, kalimah pertama yang diturunkan di dalam al-Quran pada bulan Ramadan adalah 'Iqra' bermakna, 'Bacalah'.  Sudah tentu ayat ini tidak membataskan bacaan al-Quran secara tilawah sahaja bahkan menuntut umatnya supaya mengkaji dan membaca buku-buku tambahan bagi memantapkan iman dan mengukuhkan ilmu ibadat. Dari sini, para sahabat mengembang ilmu al-Quran, menjadi penafsir dan penterjemah serta membukukan khazanah-khazanah ilmu yang tidak ternilai harganya.

Antara amalan yang amat dianjurkan di bulan mulia ini adalah membaca Al-Quran. Pembacaan al-Quran tidak semestinya terbatas dengan bertilawah dan tadarus sahaja. Malah, pemahaman al-Quran juga perlu digarap dengan majlis-majlis ilmu dan bacaan-bacaan tambahan bagi menguatkan pemahaman berkenaan Islam itu sendiri.

 Al-Quran diturunkan Allah pada bulan Ramadhan kerana keutamaan yang tinggi baginya dan hikmah. Firman Allah S.W.T

"(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia, dan penjelasan mengenai petunjuk itu, serta pembeda (antara yang haq dengan yang batil)". (QS Al-Baqarah 2:185)

 Banyakkan tilawah dan tadarus al-Quran.. Selamat beramal..

No comments:

Post a Comment