Monday, October 11, 2010

Sirah Muzikal : Respon dan Implikasi

Bersama Far East di belakang stage
        Alhamdulillah, Teater Sirah Muzikal telah berlangsung dengan jayanya walaupun banyak cabaran dan rintangan perlu dihadapi. Teater ini mendapat sambutan yang hebat dari penonton. Kelihatan di atas dua orang panglima yang di amanahkan untuk sama-sama menjayakan teater tersebut. Yang di kiri jelas kelihatan gagah perkasa. Berbaju hitam bergaya menyerlahkan lagi sifat kepahlawanan seorang panglima. Namun tidak dinafikan, banyak kekurangan sepanjang lakonan di dalam teater tersebut.
        Banyak komen dan feed back dari penonton. Rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dengan pementasan teater tersebut. Sangat banyak kelemahan dan kekurangan yang berlaku. Ianya tidak dapat dinafikan. Sesunggunya kesempurnaan itu hanya pada Allah dan yang kurang itu datangnya dari kedaifan dan kelemahan diri.
        Dari sudut pengurusan, perjalanan program sangat mantap tapi banyak perlu dibaiki dari segi pengisian program. Jika diteliti satu persatu, banyak yang perlu diperbaiki oleh pihak pengurusan. Jika dirujuk dari skrip teater tersebut, ianya sangat panjang dan sukar untuk dipersembahkan dalam masa yang sangat terhad. Watak yang dibawa memerlukan penghayatan yang sangat mendalam bagi menghidupkan ccharacter tokoh tersebut. Disebabkan kekurangan pelakon dan tenaga kerja, seorang pelakon perlu mengambil lebih dari satu watak dalam teater tersebut. Keadaan ini menyebabkan sebahagianyan keliru dan bila membawa watak di atas pentas. Sebolehnya seorang hanya memegang satu watak bagi membolehkan pelakon fokus dan tahu pengkhususan watak masing-masing. Juga sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku perlu dielakkan seperti persentuhan antara lelaki dan wanita bukan muhrim. Perkara sebegini tidak patut berlaku dalam teater Islamik. Penghayatan sirah sedikit terganggu dengan dengan lawak-lawak yang tidak segaja atau segaja dibuat oleh para pelakon.
         Dari aspek teknikal seperti lighting, video tayangan, timing tirai stage dan segalanya banyak masalah. Ianya disebabkan komunikasi antara pihak pengurusan dan teknikal bermasalah. Pihak teknikal yang berada dalam bilik kawalan tidak nampak keadaan dalam dewan dengan jelas. Ia mengakibatkan kawalan masa dan cahaya sangat bermasalah. Tambahan pula, walkie talkie banyak kali kehabisan bateri dan terpaksa dicas sepanjang program berlangsung.
         Namun segala kekurangan ini dapat ditampung dengan persembahan nasyid yang sangat hebat. Cukuplah ia sebagai mengubat kekecewaan para penonton. Dari respon penonton sebelum tayangan, penonton mengaharapkan teater ini sesuatu yang beasar dan hebat, namun sesuatu yang sebaliknya berlaku. Everything semua ok. Apapun, tahniah atas usaha penganjuran teater. Diharap penonton dapat mengambil pengajaran dan mesej Islam yang ingin disampaikan dari Sirah Islam. Semoga teater sirah muzikal 2011 lebih baik dan penambah baikan berlaku supaya segala yang Islamik dan bertujuan dakwah menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan dan bukan untuk diketawakan. Moga segala usaha yang dilakukan mendapat redha Allah dan diberkati. Insya Allah.

Friday, October 1, 2010

Teater Sirah Muzikal



Penampilan Islam sebagai sebuah agama yang dianuti oleh pelbagai bangsa dan latar belakang manusia cukup untuk memperlihatkan kesempurnaan Islam itu sendiri. Sebagai sebuah agama yang fleksibel perlaksanaanya, mengikut aturan dan dasar yeng telah sedia ada, Islam tidak sekali-kali menyekat umatnya untuk berhibur, tidak kiralah hiburan dari mana-mana bangsa sekalipun, asalkan ianya adalah selari dengan kehendak Islam sendiri.

Maka, atas kesedaran ini Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Shah Alam Klang akan menganjurkan Sirah Muzikal 2010 sebagai alternatif hiburan santai yang menjaga batasan syariat, serta digabungkan dengan elemen pendidikan iaitu penyampaian sejarah perkembangan tamadun Islam yang pernah menguasai dunia sehinggalah empayar kerajaan Islam terakhir jatuh pada tahun 1924.

Ungkapan cendekiawan ada berbunyi 'Satu bangsa yang lupa akan sejarahnya bukanlah satu bangsa yang berjaya'.

Selain itu, program ini juga merupakan salah satu projek untuk mengumpul dana bagi pembinaan Sekolah Tahfiz Bayu Syahadah di Kampung Bitoon, Ranau, Sabah di bawah kelolalaan Saudara Nazrey Johani, yang juga merupakan penggiat seni nasyid tanahair.

Dana yang diperlukan adalah sebanyak RM15 juta dan tempoh kutipan dana adalah bermula 2 Julai 2010 sehingga 2 Julai 2012 dengan perakuan dan sokongan dari Jabatan Agama Islam Negeri Sabah. Seperti yang kita maklum, keperluan sekolah agama di Sabah amatlah meruncing dan jumlah yang sedia ada masih amat kecil jika dibandingkan dengan keperluan ummat Islam di sana.

Justeru,  semua pihak diseru untuk sama-sama menggembleng tenaga menjayakan usaha murni ini dan memberi sokongan penuh terhadap segala usaha untuk mengumpulkan dana bagi sekolah tahfiz tersebut.