Sunday, September 19, 2010

Asasi Sains Exam Table

21 Sept
2.15pm-5.15pm
PHY093

24 Sept
8.30am-11.30am
CHM091

27 Sept
9.00am-12.00pm
MAT094

29 Sept
9.00am-12.00pm
BIO092

Bittaufiq Wannajah fil Imtihan....

Sirah Muzikal




Thursday, September 16, 2010

Maher Zain - The Chosen One | ماهر زين - المختار




In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhmmad, ya Rasoola Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad, khairu khalqi Allah

Chorus:
Sallou 'ala Rasooli Allah
Habibil Mustafa
Peace be upon the Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad, ya Rasoola Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equalled by none
You are Allah's Chosen One
Muhammad, khayru khalqi Allah

Chorus

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day, and see you smile
When you see me


Memaparkan budaya muslim sejati-orang membantu satu sama lain untuk kelangsungan hidup atau dalam hal-hal sehari-hari lain, membantu makhluk-haiwan lain, ambil peduli dengan kesejahteraan alam, dan yang paling penting menunjukkan sebuah keluarga yang berpendidikan baik moden dan bahagia. Akhlak terpuji yang ditunjukkan diajarkan Nabi kepada umatnya.

Nabi s.a.w adalah seorang Nabi dan Rasul Allah yang mempunyai keutamaan , kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah dengan memiliki sifat-sifat kemulian dan keagungan yang sempurna berbanding dengan para Nabi dan Rasul Allah yang lain .


 “ Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang agung (mulia).”
( Surah Al-Qalam : ayat 4 )

 Juga terkandung pelbagai jawapan kepada spekulasi memburuk-burukkan junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. yang ditimbulkan oleh kebanyakkan negara Barat.

 Terima kasih untuk lagu al Tanzeel yang sangat bagus. Baginda adalah yang dipilih, dicintai dan berharap untuk bertemu baginda  di jalan yang diredhai.

HOYA Innovation

Semalam tak dapat menghantar penyertaan untuk pertandingan HOYA. Mungkin disebabkan kecuaian diri tidak membawa pulang flyer HOYA yang terkandung segala maklumat penyertaan. Pelbagai usaha mencari address HOYA dilakukan namun gagal diperolehi. Kegagalan ini menyebabkan hilang peluang mendapat $1000UD dan lain-lain hadiah yang ditawarkan. Diharap kecuaian ini dapat dielakkan pada masa akan datang. Insya Allah.

Wednesday, September 15, 2010

Khutbah Jumaat Raya

Khutbah Jumaat pula bertajuk Menangis (teriak, kriau, nanges dalam loghat kedah). Khatib Imam tua. Shaff pertama sahaja hampir semua tidur. Mungkin tajuknya tidak menarik atau khatib kurang bersemangat. Yang menarik ada satu isi penting yang ingin dikongsi bersama rakan-rakan sekelas. 

Jangan jadikan alasan sibuk untuk tidak mengkaji ayat-ayat Allah.

Hakikatnya, memang kehidupan sebagai pelajar Optometry memang sibuk dan kurang masa terluang dibandingkan dengan pelajar kursus lain. Tapi, jangan kita jadikan ia sebagai alasan untuk kita berlepas diri untuk mengkaji dan memahami ayat-ayat Allah. Luangkan sedikit masa dalam sehari untuk membaca dan mentadabbur. Insya Allah, sehari sejuzuk pun cukuplah.

Khutbah Raya1431

Tahun ini, solat aidil fitri di masjid Tandop, Alor Setar. Tidak seperti kebiasaan tahun-tahun sebelum ni. Selalunya solat di MADI, Jejawi. Khatibnya Ustaz Harun Din. Walau bagaimanapun, khutbah raya di Tandop pun tidak kurang hebatnya. Khatib muda dan penuh semangat. Laungan takbir yang penuh semangat membakar jiwa untuk mendengar isi khutbah dan pada masa yang sama membangunkan jemaah yang tidur. Letih membuat persiapan akhir raya barangkali. Antara isi khutbahnya;

Dalam khutbah pertama, khatib memetik kata-kata dari Ibn Hajar al-'Asqalani. Dalam usaha menjadi orang yang bertaqwa (al-muttaqin) perlu cukup empat syarat.

1.   Meninggal dan Menjauhi Syirik.
         Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah. Antara perkara syirik adalah menerima teori akal dan meninggal al-Quran sekaligus menolak al-Quran sebagai panduan.

2.  Meninggal Maksiat kepada Allah
             Maksiat yang semakin hari berleluasa. sebagai contoh peningkatan kes-kes buang anak yang masih bayi.
              Mengelakkan ikhtilat terutama dihari raya ini. Perlu tahu batasan antara adik-beeradik, sepupu, ipar, mertua dan sebagainya.

3.  Meninggalkan syubhah sama ada dari segi ekonomi, makanan dan lain-lain.
  Imam syafie berkata: berilah aku makanan yang halal, tidak syubhah dan bersih, nescaya aku boleh mengubati 40 orang pesakit.

4.  Menjauhi berlebih-lebihan
Firman Allah: “Makanlah dan minumlah serta jangan berlebih-lebihan.” (Surah al-Araf, ayat 31)

  Peringatan peristiwa yang berlaku dalam bulan Syawal- Perang Ahzab yang berlaku antara orang musrikin san orang Islam.

Juga diingatkan agar tabah menghadapi ujian dan sabar dengan dugaan.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al-baqarah,2:214)


Pada bulan ramadhan pula beerlakunya Perang Badar al-Kubra.

Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Ibrahim, 14:7)

Qisah Abdullah al-Mubarak
      - Kisah di mana ketika perjalanan beliau bersama rombongannya menuju ke Makkah bagi mengerjakan Haji. Beliau terlihat seorang perempuan tua membasuh bangkai di tepi sebatang sungai. Lalu Abdullah al-Mubarak pun mengikuti perempuan tua itu bagi mengetahui tujuan bangkai itu dibasuh. Terkejut beliau melihat keadaan keluarga perempuan itu. Bangkai yang dibasuh tadi diberi kepada anak-anaknya untuk dimakan. Lantas beliau kembali kepada rombongannya setelah melihat keadaan keluarga perempuan tua yang dhaif itu. Setelah diceritakan peristiwa tersebut, beliau dan rombongannya bersetuju membahagikan bekalan kepada dua bahagian; satu bahagian kepada perempuan tua dan satu bahagian untuk bekalan pulang.

Dalam khutbah kedua, khatib memperingatkan jemaah agar membayar zakat fitrah kepada lapan asnaf yang disyariatkan Islam. Ia bertujuan membersihkan dan menyuburkan harta.

Sebuah qisah pada zaman Khalifah Harun ar-Rasyid dimana al-Quran cuba dipalsukan di beberapa tempat. Tetapi masyarakat ketika itu dapat mengenali tempat-tempat yang dipalsukan di dalam Al-Quran tersebut. Namun, jika hari ini berlaku penipuaan dan pemalsuaan di dalam ayat suci Al-Quran, mampukah umat Islam kini mengecam ayat yang palsu.

Khutbah kedua ditutup dengan peringatan dari dua ayat al-Quran

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya. (Al-A'raaf; 7:96)

Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (An-Nisaa'; 4:59)