Tuesday, July 12, 2011

FB : Group Class

Group yang diasaskan oleh Syafiq Apik

      Pada asalnya, group ni berfungsi sebagai medium untuk pelajar kelas ni berkongsi maklumat dan ilmu. Lama kelamaan nampak seolah-oleh situasi menjadi mengarut dan tak berfaedah. 
     Kebanyakkan isu dan perbincangan nampak terikut-ikut dengan kejahilan masyarakat hari ini. Suka salah menyalahkan, tuduh-menuduh, cari kesalahan orang lain, sumpah menyumpah, fitnah-memfitnah, laknat melaknat. Terasa macam nak leave ja group ni. Buat masa ni tak nampak sangat manfaat group ni..

Friday, February 11, 2011

Konsert Maher Zain

Tiket Maher Zain sudah pun ada dalam tangan. Sabar menunggu malam tersebut..




Maher Zain – Malay Version of InsyaAllah Lyrics
Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada bantuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

InsyaAllah (3Kali)
Ada Jalannya
InsyaAllah (3Kali)
Ada Jalannya

Andainya kisahmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiran mu

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

InsyaAllah (3kali)
Ada jalannya
InsyaAllah (3Kali)
Ada jalannya

Kembalilah kepada yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
oooo.. Ya Allah
Hindarilah daku dari tersasar
Tunjukan daku
jalan yang benar..(3kali)



Thursday, February 10, 2011

Kini Tiba Masanya Edisi ke-4 Bakal Menerjah Pasaran!!!

Assalamu’alaikum wbt…Alhamdulillah…Edisi ke-4 di bawah tema ‘Dirimu Aku Sanjungi’ bakal memasuki pasaran tidak lama lagi dalam bulan Rabi’ul Awal ini..Saksikan penambahan 2 rubrik baru dari 2 kolumnis baru serta saksikan pandangan pelajar perubatan dalam rubrik ‘Artikel Pilihan’..Semuanya di Majalah SINERGI edisi ke-4..Nantikan!!!

Brapa target jualan kali ni?

Wednesday, February 9, 2011

Bila Kehilangan

Setiap dari kita pasti mempunyai barang berharga dalam hidupnya. Barang tersebut adalah amanah dari Allah untuknya. Kadang-kadang kita mungkin diuji dengan kehilangannya. Insya Allah, Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik jika kita bersabar.
Anak sapa hilang ni?

 Antara ikhtiar yang boleh lakukan ialah membaca surah ke 13, surah ar-Ra'd ayat 33.


Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas, tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): "Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)?" Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam), dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.

Ayat ini dibaca selepas solat Tahajud sebanyak 33kali. Dengan izin Allah, barang tersebut akan dijumpai dan dikembalikan semula kepada kita. Jika barang itu dicuri, Insya Allah akan dilembutkan hatinya untuk memulangkan kembali. 

Monday, February 7, 2011

KEMM 1511

29 Januari lalu telah diadakan  KEMM1511 di UTem, Melaka bertemakan "Melayu Sepakat, Islam Berdaulat". mendalam maksudnya. Saya menyertai bersama Zaki dan Fendi. Jazakillah kepada penaja kenderaan, Puan Mawaddah Fida Farid, Kaunselor UiTm.

Bertolak seawal pagi selepas solat Suboh berjamaah di dewan solat KKP Angsana. Perjalanan dimulakan dengan bacaan doa musafir dan menaiki kenderaan oleh Sheikhul Maulana Ariff Zaki Sanuri.

Saya sebagai first driver dari UiTM ke sana. Disebabkan kedua-dua sahabat menolak untuk memandu jadi  soranglah drivernya. Sebenarnya depa dua nak tidoq ja. Saja ja bagi alasan Kaunselor tak kenai depa dua jadi tak boleh drive kereta kononya.

Perjalanan kami diisi dengan bacaan Al-mathurat dan kuliah subuh oleh Ustaz Fendi. Panjang benar kuliahnya. Antara isi kuliahnya,  beliau mengingatkan kami agar tidak lupa asal usul orang Melayu dan hingga terikut-ikut dengan budaya negatif masyarakat Barat yang jauh berbeza dengan budaya ketimuran kita.

Target perjalanan dalam dua jam. Namun kereta yang dibawa bukan Ferrari atau AHA2710 yang boleh meluncur laju di jalan raya menyebabkan perjalanan lewat 15 minit dari target. Alhamdulillah, dengan izin Allah, jam 9.00pagi kami sampai di UTem..

Tibanya disana, berlaku sedikit masalah ketika pendaftaran. Namun  ujian yang sedikit itu tidak menghancurkan harapan kami untuk bersama-sama menyertai KEMM. Tapi ada sorang tu cadang nak jaulah di Melaka time tu.

Peserta terlampau ramai menyebabkan tiada kerusi kosong. Jadi, kami memaksa diri untuk bersila atas lantai ditingkat atas dewan.

Maklumat lanjut mengenai KEMM boleh direfer dari website http://kemm1511.net/melaka/ .Kesemua pembentangan menarik dan mantap. Cuma forum pada petangnya kureng la. Tidak menarik dan kurang isi. Situasi ini menyebabkan ramai peserta tidur termasuk rakan disebelah.

Peserta di atas tidur.

Peserta di bawah pun ramai yang tidur.

Fendi terlelap. Bukan dia yang letih driving..


Terkejut dan bahagia melihat Dr Muhammad Uthman el Muhammady  menjawab soalan dari peserta. Terkejut sebab dia pun mai. Bahagia sebab dapat jumpa live. 



Forum pada petangnya kurang menarik perhatian menyebabkan kami pulang awal. Tapi dikhbarkan sesi soal jawab forum menarik.


Semoga kami mendapat pencerahan jiwa yang sebanyak-banyaknya sepanjang program ini. Moga Allah redho dengan apa yang kami lakukan dan menerimanya sebagai ibadah.

Sunday, February 6, 2011

Walimah Umair


"Aku terima nikahnya Atifah bt Ahmad Yusoff dengan mas kahwinnya sekeping dinar emar dan sebentuk rantai emas tunai"

Kejadian yang masih terbayang bila ingat Umair. Lafaz akad terpaksa diulang tiga kali disebabkan seorang pak cik (saksi rasanya) tak puas hati sebab lafaz "tunai" tidak dipanjangkan. Katanya perlu dipanjangkan. Kena baca dengan Mad 'Arid lilsukun kot. Tak cukup harakat. Sepatutnya "tuunaaiiiiii". 


Sebelum pulang, Umair berpesan; "Hampa belajaq elok-elok noooo... Ha, ha, lepaih ni jadi orang Peneng la".
Umair jadi orang Peneng? Kelakar..

Gambar ni sebenarnya focus kat ayam atas almari.

Semoga pernikahan mareka diberkati dan diredhoi Allah dan kekal hingga ke akhirat, Insya Allah.

Monday, January 31, 2011

FORUM BILA BAJU MELAYU BERTEMU BAJU KURUNG


Tarikh : 13 Februari 2011 (Ahad)
Tempat : Dewan Kuliah B, Menara Sains & Teknologi, UiTM SA
Masa : 9 pagi – 12 t/hari
Yuran : RM 10 sahaja (makanan t/hari disediakan)
Ahli Panel :
1) Ust Sarip Adul
Penulis Buku “Membina Syurga Cinta”
YDP ISMA Sabah
www.saripadul.com

2) Saudari Fatimah Syarha
Penulis Novel “Tautan Hati”
Kolumnis Majalah SOLUSI

Forum yang bertajuk “Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung” anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) ini bertujuan menerangkan kepada remaja di luar sana akan batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tidak diikat dengan sebarang ikatan yang sah. Bersesuaian dengan sambutan Maulidur Rasul juga, forum ini cuba mengetengahkan contoh-contoh yang praktikal daripada kehidupan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dalam aspek pergaulan serta hubungan antara lelaki dan perempuan.
Forum ini juga diharapkan agar dapat memberi kesedaran kepada golongan muda-mudi agar sentiasa berwaspada dalam pergaulan serta hubungan antara lelaki dan perempuan. Masalah sosial orang Islam terutamanya golongan muda-mudi tidak akan senyap atau berakhir sekiranya kita berdiam diri. Atas dasar itulah, pihak kami terpanggil untuk mengadakan forum seperti ini sebagai salah satu platform untuk memberi kesedaran kepada golongan muda-mudi.
Sekiranya berminat, boleh hubungi kami untuk pendaftaran:
  • Sdr Zul Fahmi – 0176044127
    • fahmibahrudin@gmail.com
  • Sdri Rohana – 0132507350

Saturday, December 11, 2010

Harga Petrol di negara-negara pengeluar minyak.



Harga ini 30May 2008, sekarang pun tak naik-naik lagi.. Malaysia dari 2008 - 2010 berapa kali naik??

Saturday, November 20, 2010

Ibrahim Libya: "Daripada hidup bercerminkan bangkai ..."



by Mtd Kota Lama 


Asap putih menyusur di celah dedaun pokok nan rimbun itu. Kepulan yang naik menjulang langit, menutupi sebahagian hadapan rumah papan. Kiri kanan tingkap terbuka lebar, memuntahkan haba panas yang mencengkam rasa. Pedih mata, tak terkata hingga nafas tercungap-cungap dada.

Asakan gas bertubi-tubi terus dilemparkan dan dihalakan ke arah susuk-susuk tubuh yang sudah tidak keruan. Asalnya, mereka sekadar terpacak di balik pagar buluh, di ruang laman. Sebuah kereta perisai, gah berada sejengkal dari mereka sambil menghalakan muncungnya tepat kepada mangsa.

Keributan dan kekalutan dasyat pagi itu, disaksikan fajar yang baru terbit di alis awan dengan iringan sejumlah ketumbukan lebih 3,000 anggota keselamatan yang mengepung kawasan. Orang kampung, hanya mampu mengetap bibir sambil melihat dengan pandangan yang berkaca.

Tidak lama kemudian, tragedi menghayat hati pun memulakan kisah lukanya. Saat itu, sebiji kelongsong peluru gas pemedih mata menghentak buju dahi gadis comel Naziah Hassan, 12 yang berada di situ. Memercik darah merah menyala dan dia akhirnya rebah serta-merta.

Shafie, seorang guru yang melihat kelibat Naziah yang jatuh ke tanah, sudah tidak dapat menahan pilu, lalu membungkam rasa geram yang sudah membuak-buak akibat kecelakaan itu. Dia langsung melompat pagar lalu meluru ke arah pasukan yang sudah siap siaga.

Dia berhenti lalu melaungkan takbir, sambil menghunus pedang. Belum sempat, nafas dihidu, dua das tembakan tepat mengena tubuhnya, yang kemudiannya longlai menyembah bumi Memali. Tubuhnya, syahid pertama dipanggil Illahi.
Kemudian, di ruang tingkat atas rumah yang masih bermain dengan asap dan bau busuk gas puaka, Abdullah Che Soh sedang bertahan, cuba mengangkat tangan untuk meleraikan keadaan dan minta tidak diapa-apakan. Beliau mengepung dua anggota keselamatan supaya menghentikan tembakan.

Tersalah atur, Abdullah yang dikenali sebagai Pak Tam dihujani peluru tak bermata. Bukan satu tetapi tujuh. Dua tembakan di dada, dua di lengan dan dua di telapak tangan. Yang terakhir tertusuk di kiri pinggangnya, yang membuatkan Pak teh mula berpinar-pinar dan tersungkur. Darahnya basah di seluruh badan.

Ketika sekujur tubuhnya berada di laman, Pak Tam tak mampu membuka kelopak matanya yang sudah mula direnjis renyai-renyai hujan, yang berkabung mendung.Darahnya mengalir laju, disirami gerimis pagi itu.

Abdul Rahim Waboh yang berada di belakang rumah terpaksa meniarap, lantaran tembakan bersimpang-siur mencari nyawa. Dia asalnya mahu ke kebun getah sejurus mendengar kuliah subuh Ustaz Ibrahim Libya, terpinga-pinga sambil menyelamatkan diri.

Lain pula dengan Azmi Haji Salim dan Mat Ramli Che Mit, masing-masing berhati kental berhadapan dengan pasukan keselamatan di batas sawah.

Azmi dengan hanya berbekalkan buah-buah guli sekarung yang tersisip di pinggangnya tidak teragak-agak melastik anggota yang melepaskan tembakan. Kena ataupun tidak, dia tidak peduli sehinggalah muncung senapang rapat ke mukanya, tanda perlu menyerah diri serta-merta.

Manakala Mat Ramli yang pada mulanya cuba menghalang anggota keselamatan daripada mara ke hujung jalan rumah Ustaz Ibrahim, terpaksa meredah hutan berundur diri.

Kemudian anak Azmi dikenali Mohd Zahir,13 yang menyusup dengan guni basah bergerak seiring dengan anggota keselamatan, akhirnya ditangkap sambil dihayun penumbuk ke mukanya sehingga berdarah. Kemudian ceritanya, dia dihumban ke dalam trak.

Di celah semak dan timbunan kayu, seorang anak muda Muhammad Ahoiri memerhati dari jauh. Dia sudah tidak dapat menahan sebak, mengalir air mata semahunya. Di pandanganya terlihat ayah dan adiknya diseret ke penjuru jalan.
Kemudian dia melihat beberapa sahabatnya seorang demi seorang sujud tak bernyawa lagi. Antara yang jelas ialah Razki dan Ghazali yang sebentar tadi baru sahaja mengunyah sarapan pagi dengannya di perdu pisang berhampiran rumah Ibrahim.

Masing-masing menjamah nasi goreng, sambil menitip nasihat akidah dan tauhid kepada Ahoiri. "Niat dan buatlah bersungguh-sungguh kerana Allah, dan jika mati kita tidak sia-sia...insya-allah syahid hendaknya."
Kata-kata mereka berdua, terakam kemas diingatan dan kini, mereka mendahuluinya menemui tuhan. Ahoiri, tidak mampu lagi mengesat air matanya yang sudah menumpah.

Di anjung rumah, mula kedengaran esakan tangisan yang memilukan. Anak-anak kecil sedang meratapi dan memeluk tubuh ayah mereka nan kaku. Si-ibu sudah tak terkata apa-apa, lantas mengucup dahi insan yang dicintai, merelakan pergi dengan air mata basah di pipi.

Babak sayu itu tidak terhenti di situ. Selagi batang tubuh Ustaz Ibrahim Libya tidak menyerahkan diri, selagi itulah muntahan senjata dan rempuhan demi rempuhan terus berlaku.

Ibrahim yang ketika itu berada di sebalik tiang berhampiran dinding rumah, tidak berganjak dengan nawaitu pendiriannya yang kejap dan tegas. Tak akan menawar dan menggadaikan diri untuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik bergalang tanah," kata-kata hikmat yang dingati sebilangan besar anak muridnya.

Ibrahim makin tidak dapat menerima alasan, beliau dianggap penjenayah, pengganas dan guru ajaran sesat. Selama ini, kerjanya dan amalnya semata-mata mentauhidkan Allah. Dan subuh tadi sebelum tragedi ini, selesai solat beliau menyampaikan kuliah akidah.

Serangan seterusnya menyasarkan Ibrahim tanpa amaran. Dua peluru daripada anggota keselamatan pantas meluru memamah dada dan perut Ibrahim. Percikan darah mula menyimbah.  Di tengah ruang itu, anak bongsu Ibrahim, Norsyuhada sudah lama rebah dek kerana pengsan terhidu gas pemedih mata.

Kemudian tubuh Ibrahim diusung ke penjuru dapur rumah. Di pangkuan isterinya Solehah, beliau tidak henti-henti menyebut kalimah Allah dan akhinya doanya diserap langit nan tinggi, gugur syahid mengadap Illahi.

Beliau kembali menemui tuhannya bersama 13 sahabatnya yang lain, yang turut menyembah bumi. Dan hari itu, tanggal 19 November 1985, maka sejarah hitam penuh nanah terpahat dalam lipatan penuh kelam. Awan dingin memayungi kampung Memali dengan rembesan air yang senada tangisan makhluk di bawahnya.

Kemudian kisah seharian itu melabuhkan tirainya pada petang itu.
Gelimpangan jenazah kemudiannya diangkat. Ramai digari dan disusun rapi berarak ke atas trak. Kemudian disumbat ke penjara di serata tempat. Yang cedera dan darah masih merah pekat, diikat dan dibawa ke hospital untuk dirawat. Kampung itu masih dikepung dan di bawah perintah darurat.

Dua hari kemudian, Almarhum Ustaz Fadzil Noor Presiden PAS ketika itu bersama pendokong perjuangan Islam yang lain sudah bersiap sedia menguruskan jenazah yang berada di rumah mayat sejak peristiwa pedih itu. Tatkala mengangkat satu persatu jenazah itu,daripada bilik simpanan beku, terasa hangatnya lagi darah yang mengalir.

Dengan van buruk, mereka membawa jenazah syuhada itu ke Masjid Parit Panjang, yang jauhnya 15 kilometer daripada tempat kejadian yang sudah disekat masuk dan dihalang untuk sebarang pengebumian dilakukan.

Dan 13 syuhada itu kemudiannya dilayan selayaknya seorang syuhada, disimpan dan dikebumikan dalam keadaan darah masih merah mengalir di tubuh, menjadi saksi kepada Pencipta Langit dan Bumi. Salah seorang syuhada pula dikebumikan di kaki gunung di Alor Melintang.

Tanah kubur Pasir Panjang kemudian memeluk erat pejuang Memali itu yang antaranya terdiri daripada seorang guru, ustaz, enam penoreh getah, pegawai agensi kerajaan, pemandu teksi, penjual buah, pekebun dan bekerja sendiri. Lalu, hari-hari kemudiannya menjadi sepi dan menyiat hati sanubari.

Maka lengkaplah misi. Biar apapun alasan, yang penting operasi mereka selesai. Sebenarnya kisah tragis mengorbankan banyak nyawa tak berdosa, lantaran arahan caca marba dalam Operasi Hapus yang dipanggil mereka.

Kata pihak atasan, menggempur kubu pengganas komunis. Kemudian berlaku sebaliknya. Yang di kepung, rumah orang kampung. Kemudian cerita ditukar lagi. Kata mereka menangkap penjenayah berbahaya, pengganas dan guru ajaran sesat bernama Ibrahim Libya.

Hasil daripada kecelaruan, kebuasan dan kecuaian pemerintah ketika itu, kampung itu dilanggar musibah. Ibrahim terbunuh bersama 13 lagi pejuang Memali. Manakala empat anggota keselamatan juga turut terkorban. Beberapa orang terkena tusukan guli dan libasan pedang. Empat pejuang cedera parah. Lebih 100 disumbat kedalam penjara. 36 lagi disimpan di Kem Tahanan Kamunting, Taiping.

Tidak cukup dengan itu, seoarang saksi kejadian Idris Husin sudah tidak boleh menjalani kehidupannya seperti biasa. Dia hilang ingatan dan trauma tragedi masih terbayang. Idris tidak boleh mendengar riuh rendah orang ramai, bunyi siren kereta peronda dan apa jua letupan mahupun bunyian bising. Dia akan menggigil. Dia semakin menyendiri dan beberapa tahun lalu, Idris pula menemui Illahi dalam keadaan menderita sepi.

Lebih pilu dan sayu sepanjang hayat, peristiwa sedih itu meninggalkan puluhan anak-anak yatim beserta balu-balu yang tidak sempat meraih kasih mesra insan tersayang dan tercinta. Setiap hari bersulam duka dan mendodoi anak-anak kecil, dengan zikir dan doa bertemu ayah di syurga.

Tidak lama kemudian, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim sudi mencemar duli, menyumbang 13 batu nisan secara peribadi dan menyirami kubur yang penghuninya adalah rakyat jelatanya sendiri.

Di kaca TV, satu rakaman ditayangkan di seluruh negara tentang kejadian itu. Seorang bekas Menteri sedang menceritakan sesuatu yang tidak difahami oleh seoarang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ketika itu.

Dia sedang menonton bersama ayah, ibu dan adiknya yang sedang merengek manja. Babak anggota keselamatan menembak seorang lelaki yang berdiri tegak sambil menjulang senjata parang, terus mengejutkan budak itu lantas bersuara.

"Ayah, kenapa pakcik tu kena tembak?" Lantas ayahnya bingkas bangun masuk ke bilik tanpa sebarang kata. Dia melihat ibunya pula, yang juga tidak bernada kecuali air mata yang  berjurai banyaknya.

Saya ketika itu tertanya-tanya dan  25 tahun kemudian saya sudah berada di bumi Memali, mencari satu jawapan yang pasti.  Bersama rakan, Muhammad Zaki, kami berdua menjejaki pejuang Memali di suatu pagi yang bening.

Sebenarnya, setelah diperkenalkan orang kampung, kami menemui ramai pejuang Memali namun enggan ditemubual. Ada yang cukup malu dan ada yang tidak mahu membuka luka lama. Sukar asalnya hajat kami berdua untuk menyingkap kisah sejarah perjuangan orang terdahulu. Bermula pagi, sehinggalah tengahari, barulah kami berdua berjaya memujuk seorang pejuang Memali.

Beliau ialah Abdullah Che Soh, yang terkena 7 das tembakan peluru hidup namun dizin Allah masih bernyawa. Kini, Abdullah yang dikenali Pak Tam, 60 tunduk merenung lantai, sambil mengamati semula satu persatu kisah sayu itu.
"Allah telah mentakdirkan saya hidup untuk menceritakan semula kisah sedih ini "Setelah cedera , saya di bawa ke hospital untuk dibedah. Tangan saya masih bergari walaupun parah. Setelah dibedah, saya disumbat ke dalam penjara selama lima bulan.

Kemudian, sambil tersenyum memandang saya, sambil berkata tenang:"Saya tidak menyesal apa yang berlaku malah bersyukur terpilih untuk terlibat dalam perjuangan ini,"katanya sambil menunjukkan parut-parut di badan kesan tujuh tembakan peluru.

Itu kisah Pak Tam. Dan banyak lagi cerita yang tak terungkap. Kajang kertas ini tidak cukup menampungnya. Dari kisah semangat api yang tinggi, sehinggalah cerita pedih di hati. Ada yang boleh dicebis tetapi banyak yang terpaksa disisip rapat, agar fitnah yang sedang tidur tidak terus bangkit. Namun bagi yang ingin menyusuri, datanglah ke bumi ini, Pastinya tidak menghampakan. Hadirlah ke sini 18 November akan datang, untuk lebih mengenali pejuang-pejuang dan kisah sejati di sini.

Kami kemudian bersua dengan Timbalan Mudir Madrasah Islahiah Diniah Ustaz Yusof Che Mit, antara yang begitu dikehendaki bersama Ustaz Ibrahim dan. dia sebenarnya pada hari kejadian, berada di Kelantan.

Beliau agak hairan mengapa Ibrahim ingin ditahan. Katanya dia seoarang yang cukup dekat di hati masyarakat setempat. Sentiasa mengajar masyarakat agar tauhid dan bertakwa kepada Allah melalui kuliahnya.

Boleh bermain guli dengan sicomel kanak-kanak kampung atau sepak takraw bersama para pemuda di Memali. Pengaruhnya yang besar telah melonjak namanya dan juga PAS yang perjuangannya berlandaskan Islam.
Akibat itu, cemburu membungkam mata, menutup kebenaran kata dan gerak gaya lantas fitnah bermaharajalela menuduh As-syahid Ibrahim Libya pengganas, penjenayah dan guru ajaran sesat yang perlu ditangkap. Dan ISA sentiasa mengintai untuk menahannya dari sehari ke sehari.

Melihatkan kepada latar belakangnya, agak aneh tuduhan yang dilemparkan. Bermula dari pendidikan Islam asuhan ayahandanya Tuan Haji Mahmood seorang guru agama yang disegani dan kemudiannya ke Madrasah Khairiah Pokok Sena.

Assyahid meneruskan pengajian di Pusat Pengajian Tinggi di Nilam Puri untuk beberapa tahun sebelum belayar ke Lucknow dan Durban, India mendalami hadis. Beliau sempat berguru dengan tokoh ulama Islam tersohor di abad ini iaitu Maulana Sayyid Abul Hassan Ali Nadwi. Assyahid berada selama lebih kurang empat tahun di India sebelum melanjutkan pengajian ke Azhar, Mesir kemudian menamatkan pengajiannya di Libya..As-syahid kembali ke tanahair awal tahun 1970an, beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengarah di Institut Dakwah Islamiah Malaysia. Sebagaimana telah dijangka bahawa assyahid tidak sanggup berada lama di bawah ikatan pemerintah yang tidak berpaksi kepada tuntutan agama, lalu meninggalkan segala kedudukannya untuk balik ke kampung halaman mencurahkan bakti sebagai pendakwah, pendidik dan bergerak aktif dalam politik Islam.

Dan selepas itu, sejarah hitam membaluti Kampung Memali. Dan terkenang dan meninggalkan kesan sehingga kini. Ibrahim syahid ketika mempertahan agama Allah.

Setelah menemubual beberapa orang pejuang, saya dan Zaki melepaskan lelah di sebuah warung di hujung kampung. Rupanya pemilik warung minuman yang bersih itu, seorang wartawan sambilan Harakah era Memali dikenali sebagai Tarmizi.

Beliau sempat bercerita tentang serban milik Azmi yang pernah membalut tubuh Ustaz Ibrahim yang berlumuran darah akibat tembakan peluru. Katanya lima bulan selepas kejadian, serban yang itu mencebiskan bau yang cukup harum selama dua minggu sehingga ramai yang datang melawat melihat kejadian aneh itu.

"Pergilah balik ke rumah Azmi untuk lihat tinggalan sejarah....serban tu," katanya kepada kami berdua yang kemudiannya tanpa lengah menuju semula ke rumah pemilik serban itu.

Dan kira-kira jam 1.00 pagi, barulah Azmi mengeluarkan serban yang sudah 25 tahun disimpan kemas tanpa dibasuh darahnya yang kini masih jelas kelihatan. Setelah menemuduga tujuh saksi sehingga jam 3.00 pagi, kami kemudian melabuhkan badan dan melelapkan mata di bilik Madrasah tersebut, sambil diselimut sejuk malam.

Keesokan paginya kami bertemu dengan Abdul Rahim yang membawa kami melihat kesan-kesan lubang peluru yang menghujani sebuah pondok kecil yang terletak dalam laman rumah arwah Ibrahim Libya.

Ketika itu balu almarhum Hajjah Solehah tiada hanya tinggal anak lelaki as-syahid yang membawa kami meninjau ke dalam rumah yang sudah diubah suai. Hanya bahagian atas rumah, masih kekal seperti sedia kala, dan bayangan huru-hara tembakan tak bermata dan laungan kalimah Allah, menerpa ke fikiran tatkala saya memandangnya.

Pagi nan hening itu, kami menyedut sedalam-dalamnya udara bersih laman, tempat berlakunya bertempuran dan merenung sejenak, peristiwa tumpah darah yang tak berjiwa itu. Sebak, tragedi 25 tahun ini masih membekas.
Ya, tidak lama lagi,  bermula 19 November akan datang, kawasan sekitar medan tempur dan Kampung Memali ini akan kembali hiruk pikuk dengan sambutan umat manusia.

Bukan lagi untuk mengadap atau mengharung hujan peluru dan kepulan asap putih yang kemudiannya meragut nyawa, tetapi riuh dengan kehadiran gelombang limpahan para pejuang taat setia kepada perjuangan Islam.

Hadir dan datangnya mereka untuk mengutip kembali semangat yang bertebaran di bumi Memali untuk selama-lamanya.
Jangan lupa untuk menjengah perkampungan sejarah ini pada 19 November ini sempena Sambutan 25 tahun peristiwa Memali. Salam perjuangan!